Followers

Klik sini kalau sayang opah

Yogurt Tambah Seri WAJAH

Tuesday, March 1, 2016



Penggunaan yogurt sebagai masker dan body mask semakin mendapat tempat dalam dunia kecantikan. Rawatan sebegini banyak ditawarkan di spa tetapi jika tidak mempunyai bajet, ia juga boleh dilakukan sendiri di rumah.

Caranya ialah dengan menggunakan yogurt asli. Untuk kulit kering, campur yogurt bersama satu sudu teh madu, bagi kulit berminyak pula, campurkan yogurt bersama jus lemon segar, manakala untuk mengecilkan pori-pori kasar, campurkan yogurt bersama satu biji putih telur dan untuk menyegarkan wajah campurkan yogurt bersama parutan timun dan untuk mengurangkan kedutan, campurkan yogurt bersama setengah biji pisang lenyek.

Selamat mencuba petua ini dan mudah-mudahan wajah anda akan menjadi lebih berseri-seri.

Cara mudah mengopek kulit kerang

Tuesday, December 23, 2014

Untuk memudahkan kulit kerang dikopek selepas direbus ialah dgn memasukkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Kerang akan terbuka sendiri dan senang untuk dikopek.

Petua tauge tahan lama

Tuesday, December 2, 2014

Ambil sebiji limau nipis dan potong menjadi 3 keping.  Masukkan ke dlm tauge yg telah direndam dlm air. 

Boleh juga masukkan beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam dan simpan dlm peti ais. Tauge akan tahan sehingga seminggu.

Mengurangkan sakit lutut

Wednesday, November 19, 2014

Semakin umur bertambah semakin berisiko seseorang itu menghidapi sakit lutut esp orang perempuan. Ini adalah petua utk mengurangkan sakit lutut;

 

Amalkan memakan sayur bendi yang telah dicelur. Lendir yang terdapat dalam bendi ini boleh menambahkan pelincir di lutut kita. Cuba lah..

 

Mengurangkan sakit lutut

Semakin umur bertambah semakin berisiko seseorang itu menghidapi sakit lutut esp orang perempuan. Ini adalah petua utk mengurangkan sakit lutut;

 

Amalkan memakan sayur bendi yang telah dicelur. Lendir yang terdapat dalam bendi ini boleh menambahkan pelincir di lutut kita. Cuba lah..

 

Tinggal le link korang