Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 31, 2023

Petua Menghilangkan Bisul

8:00 PM 0 Comments
Petua Menghilangkan Bisul. Orang kata bisul tu berpunca dari darah kotor. Bila keluar bisul tu maksudnya kan kita sedang mengeluarkan darah kotor. Sakit bisul tu lebih2lagi bila ia sudah besar. Ada petua untuk menghilangkan bisul. Mari kita tengok..


Petua Menghilangkan Bisul





Bagi yang mengalami masalah bisul, ramaskan pucuk ubi keledek di telapak tangan. Letakkan di bahagian bisul tersebut. Insya-Allah, mujarab. Cubalah..


Thursday, December 29, 2022

Petua Hilangkan Sengatan Serangga

6:44 PM 0 Comments

Berikut adalah Petua Hilangkan Sengatan Serangga, diambil dari perkongsian dalam majalah. Sebagai usaha secara alami namun begitu perlu hati-hati kerana mungkin ada kesan pada yang tak sesuai dgn daun ini.


Petua Hilangkan Sengatan Serangga

Borage juga dikenali sebagai star flower


1 Ambil sejumlah besar daun Borage blossom dan cincang bahagian daun tersebut sehingga halus.

2 Sediakan periuk dengan air rebusan (anggaran empat cawan air)

3 Masukkan daun yang telah dicincang ke dalam air rebusan. Rendamkan.

4 Setelah dipastikan cukup sebati, masukkan ke dalam botol penyembur.

5 Sebatian itu kemudiannya boleh digunakan untuk menyejukkan dan menyembuhkan kulit yang terkena gigitan serangga, terluka atau radang.


Note: Kehadiran bahan silica di dalam kandungan daun Borage blossom bagaimanapun boleh menyebabkan iritasi kepada sesetengah kulit individu, jadi gunakan dengan berhati-hati.


Monday, September 27, 2021

7 Petua Semula Jadi Turunkan Tekanan Darah Tinggi

11:00 AM 1 Comments
7 tips menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi. Berikut adalah perubahan gaya hidup yang boleh dicuba:

1. Kurangkan berat badan

Hipertensi meningkat seiring peningkatan berat badan. Berat yang berlebihan ini juga menyebabkan gangguan pernafasan semasa tidur (sleep apnea), sekali gus menjadi punca masalah tekanan darah tinggi. Penurunan berat walaupun sedikit bagi individu obesiti dapat membantu mengurangkan tekanan darahUkuran pinggang juga penting dalam mengurangkan risiko hipertensi. Secara amnya:

  • Lelaki berisiko jika ukuran pinggang melebihi 40 inci (102 cm)
  • Wanita berisiko jika ukuran pinggang melebihi 35 inci (89 cm)




2. Tips menurunkan tekanan darah tinggi. Bersenam secara berkala

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten – 150 minit seminggu atau sekitar 30 minit hampir setiap hari seminggu – dapat menurunkan kadar tekanan darah. Beberapa contoh senaman seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, berenang atau menari dapat membantu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi. Anda juga disarankan untuk melakukan senaman kekuatan sekurang-kurangnya 2x dalam seminggu.


3. Diet seimbang

Ambil makanan tinggi kandungan bijirin, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak. Manakala kurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol untuk membantu menurunkan tahap tekanan darah anda.

Amalan diet Dietary Approaches to Stop Hypertension atau DASH boleh membantu mengurangkan tekanan darah hingga 11 mm Hg.


4. Kurangkan garam

Pengurangan jumlah garam walaupun sedikit dalam makanan dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan diproses dan pilihlah untuk menggunakan rempah dan herba sebagai bahan perasa.


Tips menurunkan tekanan darah tinggi #5. Berhenti merokok

Setiap puntung rokok yang dihisap boleh menjadi punca masalah tekanan darah tinggi. Berhenti merokok dapat mengembalikan kadar tekanan darah ke tahap normal, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


6. Kurangkan stres

Tekanan kronik boleh menyumbang kepada hipertensi. Berdepan tekanan sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas mengambil makanan tidak sihat, minum alkohol dan merokok.

Luangkan masa untuk memikirkan punca yang menyebabkan anda tertekan, seperti pekerjaan, keluarga, kewangan atau penyakit. Setelah mengetahui faktor yang menjadi puncanya, pertimbangkan bagaimana untuk anda dapat menghilangkan atau mengurangkan tekanan. Walaupun anda mungkin tidak dapat menghilangkan semua tekanan yang dialami, anda boleh cuba mengatasinya dengan cara lebih sihat.

7. Tidur lena dan nyenyak

Tekanan darah biasanya akan turun ketika anda sedang tidur. Jika anda tidak dapat tidur lena, ia boleh mempengaruhi kadar tekanan darah. Individu yang kurang tidur terutamanya jika mereka di usia pertengahan, mempunyai risiko peningkatan tekanan darah tinggi.

Bagi sesetengah individu, tidur nyenyak adalah perkara yang sukar dilakukan namun ada cara untuk mengatasinya. Antara cara yang boleh dicuba adalah dengan mengaturkan jadual tidur, habiskan waktu malam dengan bersantai, bersenam di siang hari dan elakkan tidur siang serta pastikan bilik tidur dalam keadaan selesa.


Sumber: Hello Doktor

Tuesday, May 4, 2021

Cara Atasi Sakit Senggugut

9:17 PM 0 Comments

Sedang mencari cara hilangkan sakit senggugut? Dengar kata perubahan pada diet pemakanan boleh membantu, tetapi adakah ia benar berkesan? Lebih 80% wanita mengalami senggugut semasa haid dan lebih 20% daripadanya berdepan kesakitan yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Secara amnya, kesakitan akibat pendarahan haid boleh menyebabkan penderitaan bulanan bagi rata-rata wanita. Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk memakan ubat sebagai cara mengatasi kesakitan tersebut.


Cara hilangkan sakit senggugut melalui pemakanan



Selain mengurangkan pengambilan gluten, ada cara lain berkaitan diet pemakanan yang mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

1. Banyakkan minum air

Perut yang kembung boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan senggugut menjadi lebih teruk.  Minum air dapat mengurangkan kembung semasa haid dan mengurangkan beberapa kesakitan yang terjadi.

2. Teh herba

Antara cara hilangkan sakit senggugut yang boleh dicuba adalah dengan mengambil minuman teh herba.

Teh herba mempunyai sifat antiradang dan sebatian antispasmodik yang dapat mengurangkan kekejangan otot pada rahim punca senggugut.

Selain itu, teh herba juga mempunyai faedah lain seperti menghilangkan tekanan serta membantu mengatasi insomnia.

3. Elakkan makanan manis

Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, lemak trans dan garam yang boleh menyebabkan perut kembung dan keradangan.

Keadaan itu sekali gus boleh menjadikan kesakitan dan kekejangan otot lebih teruk.

4. Kurangkan kafein sebagai cara hilangkan sakit senggugut

Pengambilan kafein boleh mengakibatkan saluran darah menjadi sempit, sekali gus menyekat rahim dan menjadi punca senggugut yang menyakitkan.

Semoga perkongsian Hello Doktor ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat mencuba!


Sumber: hellodoktor.com

Sunday, May 28, 2017

Kelebihan Halia

12:48 AM 2 Comments

Halia memang tidak asing kepada kita semua, banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia. Tapi tahukah anda,halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita?

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.

( Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan)

2. Pencegahan Demam dan Selesema.

( Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari )

3. Mencegah Barah Usus.

(Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus)

4. Melegakan Batuk dan Kahak.

(Jika anda  batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas)

5. Rawatan Kanser ovari.

( Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari)

6. Menguatkan imuniti.

( Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit  setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.)

Friday, April 1, 2011

Petua merawat gusi yang luka

2:20 PM 0 Comments
Jika gusi anda terluka dan anda ingin merawat luka itu secepat mungkin, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil beberapa helai daun sirih (dalam 15 helai) dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu. Daun sirih terbukti mempunyai khasiat bagi memberhentikan pendarahan.

Tuesday, March 29, 2011

Penawar bisa lipan / lebah

5:20 PM 0 Comments
Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

Monday, March 21, 2011

Monday, March 14, 2011

Petua merawat suara yang serak

5:14 PM 0 Comments
Mula-mula, ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali. Insya allah suara yang serak akan berkurangan.

Tuesday, December 21, 2010

Petua merawat bibir kering

9:16 AM 0 Comments
Ubati bibir yang kering dan pecah-pecah Bagi mengatasinya,minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari.Insya allah, bibir yang pecah akan segera sembuh.

Friday, December 17, 2010

Petua merawat batuk berlarutan

9:14 AM 2 Comments

Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . apabila semua dah sebati dengan air suam tadi, makabolehlah diminum. Lakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat akan keluar dengan mudah

Thursday, December 9, 2010

Petua mengubati kembung perut anak

9:08 AM 0 Comments

Sirih dan pinang dikunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiap malam ketika anak itu masih kecil lagi. Insya allah akan mengelakkan kembung perut anak.

Sunday, December 5, 2010

Petua jika tertusuk duri

9:05 AM 0 Comments

Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah dari bawang tersebut dilumuri dengan minyak kelapa. Kemudian dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena duri itu dan dibalut. 

Setelah beberapa jam barulah dibuka balutan tersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.

Friday, December 3, 2010

Sembuhkan selsema bayi.

9:03 AM 0 Comments

Untuk menghilangkan; ambil sebuku kunyit kering, gosokkan pada bawah pasu dan titiskan sedikit air. Ambil air kunyit tadi dan sapukan pada batang hidung bayi anda.
Insya-allah, selesema anak anda akan sembuh.

Saturday, November 27, 2010

Asam jawa sembuhkan luka jahitan

7:00 AM 3 Comments
t
gambar ihsan google

Petua ni opah dapat dari majalah. tapi tak tau lah keberkesanannya. kalau ada sesiapa yg penah cuba bgtaulah yek keberkesannya.

Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.


Thursday, November 25, 2010

Ubat gigi kurangkan kesan lecur

6:55 AM 2 Comments

Bagi melegakan rasa pedih dan mengelakkan tempat terkena percikan minyak panas daripada menggelembung, sapukan ubat gigi pada bahagian yang melecur. Ni opah selalu buat ni. Setakat ini alhamdulillah..