Followers

Klik sini kalau sayang opah

Petua memutihkan siku

Thursday, December 23, 2010

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. Sapukan campuran itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. Amalkan beberapa kali dalam sebulan.Insyallah akan membuahkan hasil.

Petua merawat bibir kering

Tuesday, December 21, 2010
Ubati bibir yang kering dan pecah-pecah Bagi mengatasinya,minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari.Insya allah, bibir yang pecah akan segera sembuh.

Petua merawat batuk berlarutan

Friday, December 17, 2010

Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . apabila semua dah sebati dengan air suam tadi, makabolehlah diminum. Lakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat akan keluar dengan mudah

Petua memastikan ikan sentiasa segar

Wednesday, December 15, 2010

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. 

Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.

Petua udang sentiasa segar

Monday, December 13, 2010

Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.

Petua menaikkan seri wajah

Saturday, December 11, 2010

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Untuk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan

Petua mengubati kembung perut anak

Thursday, December 9, 2010

Sirih dan pinang dikunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiap malam ketika anak itu masih kecil lagi. Insya allah akan mengelakkan kembung perut anak.

Petua mengelak kain batik daripada luntur

Tuesday, December 7, 2010

Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. 

Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Petua jika tertusuk duri

Sunday, December 5, 2010

Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah dari bawang tersebut dilumuri dengan minyak kelapa. Kemudian dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena duri itu dan dibalut. 

Setelah beberapa jam barulah dibuka balutan tersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.

Sembuhkan selsema bayi.

Friday, December 3, 2010

Untuk menghilangkan; ambil sebuku kunyit kering, gosokkan pada bawah pasu dan titiskan sedikit air. Ambil air kunyit tadi dan sapukan pada batang hidung bayi anda.
Insya-allah, selesema anak anda akan sembuh.

Petua melembutkan daging

Wednesday, December 1, 2010
gambar ihsan google

Bermacam-macam kaedah untuk melembutkan daging, namun siapa menduga beras pulut mampu memberi impak yang hebat pada daging. Cubalah petua ini di rumah sekarang dan
rasakan hasilnya.

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sesudu beras dalam rebusan daging.
2. Kacau rata.
3. Biarkan direndam dan masak hingga empuk.

Asam jawa sembuhkan luka jahitan

Saturday, November 27, 2010
t
gambar ihsan google

Petua ni opah dapat dari majalah. tapi tak tau lah keberkesanannya. kalau ada sesiapa yg penah cuba bgtaulah yek keberkesannya.

Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.


Ubat gigi kurangkan kesan lecur

Thursday, November 25, 2010

Bagi melegakan rasa pedih dan mengelakkan tempat terkena percikan minyak panas daripada menggelembung, sapukan ubat gigi pada bahagian yang melecur. Ni opah selalu buat ni. Setakat ini alhamdulillah..

Bawang putih atasi tumit pecah

Tuesday, November 23, 2010
gambar amik dr google

Jika tumit kaki pecah mahupun merekah, tumbuk bawang putih hingga lumat. Tampalkan pada permukaan tumit yang merekah tersebut. Hasilnya, tumit anda akan kelihatan cantik dan bersih. Cubalah.

Atasi masalah mulut berbau

Tuesday, November 16, 2010
Petua ni bagus bg sesapa yg ada masalah mulut berbau. kesian tau sebab org mulut berbau ni kekdg x tau dia ada masalah ni.

Bagi mengatasi masalah mulut berbau, kumurkan mulut dengan garam setiap kali selepas makan. Cubalah..

Merawat cirit birit

Monday, November 15, 2010
Kalau korang  mengalami gejala cirit-birit, rendamkan sedikit teh tanpa gula. Biarkan sejuk sekejap pastu minum lah. insya allah mujarab.. 

dah penah try n mmg berkesan tau.. 

Menghilangkan bisul

Sunday, November 14, 2010
Orang kata bisul tu berpunca dari darah kotor. Bila keluar bisul tu maksudnya kan kita tgh keluarkan darah kotor tu laa..

Bagi yang mengalami masalah bisul di kepala, ramaskan pucuk ubi keledek di telapak tangan. Letakkan di bahagian bisul tersebut. Insya-Allah, mujarab.

Santan lembutkan rambut

Saturday, November 13, 2010
Ni petua pertama opah. rasanya ramai yg dh tau kot. takpe lah opah nak bagitau gak muekeke..

Untuk mendapatkan rambut yang lembut, campurkan santan dengan asam jawa. Kacau campuran tersebut sehingga sebati dan sapukan ke rambut. Biarkan selama 10 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Salam perkenalan dari Opah Stylo

Friday, November 12, 2010
Ini adalah entry pertama opah.. diharap dpt tunjuk ajar dari anak2 n adik2 yg lebih stylo dari opah esp bab2 coding n yg canggih manggih ni :). Nantikan posting2 mengancam dari opah yer

Tinggal le link korang