Followers

Klik sini kalau sayang opah

Cara mengelakkan mata berair ketika potong bawang

Thursday, December 8, 2011

Selalunya jika kita potong bawang, mata akan jadi pedih dan berair. Terasa siksa jugak la kan.. Untuk mengelakkan mata berair / menangis ketika potong bawang, semasa memotong itu, pastikan anda mengunyah gula-gula getah / chewing gum. Insya allah mata tak berair lagi. Cubalah..

Petua menghilangkan perut buncit

Friday, December 2, 2011

Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan menjadi kempis.

Menghilangkan dakwat pen

Tuesday, November 29, 2011

Haa.. apa yek petua untuk menghilangkan dakwat yg terkena baju?  

 

Sekiranya baju korang terkena dakwat pen, campurkan  sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka. Letak ke atas bekas dakwat tadi. Kemudian, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih. Buat beberapa kali sehingga kesan dakwat tersebut hilang. Boleh juga dilakukan sebelum proses mambasuh menggunakan mesin basuh  kerana ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.

Daun Semambu Hilangkan Parut Demam Campak

Monday, November 14, 2011

Demam campak meninggalkan parut dan ada sebahagiannya memerlukan masa yang agak lama untuk hilang. Keadaan parut itu pastinya menimbulkan rasa kurang senang terutamanya jika ia boleh dilihat dengan jelas di wajah mahu pun bahagian tubuh.

 

Untuk itu, amalkan petua ini. Untuk menghilangkannya, pertama sekali sediakan secekak daun semambu dan campurkan dengan sedikit air. Ramas-ramaskan bahan dan setelah itu sapukan di bahagian parut. Jika rajin diamalkan, parut demam campak boleh hilang dengan beberapa kali sapuan. Jika dicampur dalam bedak sejuk pun boleh.

Petua menanggalkan kutil / ketuat

Thursday, November 10, 2011

Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit belerang dan air limau nipis. Campurkan dan dia akan jadi seperti krim. Kikis sedikit kutil serta tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.

 

Daun Sirih Pewangi Badan

Wednesday, October 26, 2011

Badan yang berbau menimbulkan rasa kurang senang baik kepada lelaki mahu pun wanita. Selain menggunakan pewangi yang banyak terdapat di pasaran, amalan petua lama juga boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini.

 

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun sirih dan dibersihkan. Rebus seketika dan jadikan airnya sebagai mandian. Daun sireh itu juga boleh dijadikan hampas untuk menggosok seluruh badan. Amalkan petua ini secara konsisten dan badan akan berbau wangi dan bertambah segar secara semula jadi.

testing..

Monday, October 17, 2011

Ini adalah testing posting guna email..

 

Menghilangkan gelung hitam pada mata

Tuesday, April 5, 2011
Bila anda tidak cukup tidur, pada mata anda pasti ada gelung hitam. Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambul membaca selawat 3 kali .

Lakukan setiap pagi insyaallah ianya akan berkurangan.

Petua merawat gusi yang luka

Friday, April 1, 2011
Jika gusi anda terluka dan anda ingin merawat luka itu secepat mungkin, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil beberapa helai daun sirih (dalam 15 helai) dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu. Daun sirih terbukti mempunyai khasiat bagi memberhentikan pendarahan.

Penawar bisa lipan / lebah

Tuesday, March 29, 2011
Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

Menguruskan perut yang buncit

Sunday, March 27, 2011
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.

Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. Cubalah..

Kulit wajah lebih bersinar

Friday, March 25, 2011
Jika anda mahu mengadakan aktiviti di kolam renang mahupun di tepi pantai, harus berhati-hati kerana air garam laut atau klorin yang terdapat di dalam air di kolam renang boleh mengakibatkan rambut serta kulit anda menjadi kering dehidrasi serta kusam. Sebaiknya gunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum anda membuat aktiviti luar.

Dalam masa yang sama, berhati-hati ketika menyapu krim kerana jika krim yang dipilih tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan kulit wajah anda mengelupas. Oleh itu, selepas mandi di kolam atau laut, sebaiknya anda bilas tubuh dengan air bersih dan keringkan dengan menggunakan tuala yang lembut. Setelah itu sapukan gel wajah yang mengandungi aloevera serta kenakan pelembap wajah yang mengandungi kadar air yang lebih banyak.

Hilangkan Masalah Tumit Kaki Merekah

Wednesday, March 23, 2011
Tumit kaki merekah sememangnya mencacatkan penampilan seseorang wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah di tumit kaki, cubalah petua ini. Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosok di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Jika diamalkan petua ini dengan konsisten, anda akan mendapati kulit kaki anda tidak akan merekah lagi.

Petua menghilangkan sakit kepala

Monday, March 21, 2011
Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari

7 tips penjagaan pinggan mangkuk

Saturday, March 19, 2011
1 Basuh segera sejurus digunakan.
2 Jangan biar sisa makanan kering di atas pinggan.
3 Lap kering sebelum simpan di dalam almari.’
4 Susun ikut bentuk pinggan mangkuk.
5 Pinggan yang besar dan berat disusun di bahagian bawah.
6 Selalu bersihkan habuk kerana habuk boleh merosakkan warna pinggan.
7 Gunakan sabun pembersih pinggan mangkuk. Jangan guna serbuk pencuci pakaian.

Petua melebatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut

Thursday, March 17, 2011
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit.

Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Petua agar kain batik tidak luntur

Monday, March 14, 2011
Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

Petua merawat suara yang serak

Mula-mula, ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali. Insya allah suara yang serak akan berkurangan.

Tinggal le link korang