Friday, March 25, 2011

Kulit wajah lebih bersinar

Jika anda mahu mengadakan aktiviti di kolam renang mahupun di tepi pantai, harus berhati-hati kerana air garam laut atau klorin yang terdapat di dalam air di kolam renang boleh mengakibatkan rambut serta kulit anda menjadi kering dehidrasi serta kusam. Sebaiknya gunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum anda membuat aktiviti luar.

Dalam masa yang sama, berhati-hati ketika menyapu krim kerana jika krim yang dipilih tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan kulit wajah anda mengelupas. Oleh itu, selepas mandi di kolam atau laut, sebaiknya anda bilas tubuh dengan air bersih dan keringkan dengan menggunakan tuala yang lembut. Setelah itu sapukan gel wajah yang mengandungi aloevera serta kenakan pelembap wajah yang mengandungi kadar air yang lebih banyak.

2 comments:

safurara said...

kalo dh nmpak air opah,mls nk pk pasal krim muke dh.hehehe

||aLeaSaRa|| said...

salam opah..tmpg lalu..muka dah tak berseri dah ni kusam dok kena cahaya matahari..nak cubalah petua ni...jom sokong earth hour 8.30 mlm ni tau!

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/03/jom-pakat-ramai2-jayakan-earth-hour.html