Berikut adalah Petua Hilangkan Sengatan Serangga, diambil dari perkongsian dalam majalah. Sebagai usaha secara alami namun begitu perlu hati-hati kerana mungkin ada kesan pada yang tak sesuai dgn daun ini.
Petua Hilangkan Sengatan Serangga
Borage juga dikenali sebagai star flower
1 Ambil sejumlah besar daun Borage blossom dan cincang bahagian daun tersebut sehingga halus.
2 Sediakan periuk dengan air rebusan (anggaran empat cawan air)
3 Masukkan daun yang telah dicincang ke dalam air rebusan. Rendamkan.
4 Setelah dipastikan cukup sebati, masukkan ke dalam botol penyembur.
5 Sebatian itu kemudiannya boleh digunakan untuk menyejukkan dan menyembuhkan kulit yang terkena gigitan serangga, terluka atau radang.
Note: Kehadiran bahan silica di dalam kandungan daun Borage blossom bagaimanapun boleh menyebabkan iritasi kepada sesetengah kulit individu, jadi gunakan dengan berhati-hati.