Monday, September 27, 2021

7 Petua Semula Jadi Turunkan Tekanan Darah Tinggi

11:00 AM 1 Comments
7 tips menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi. Berikut adalah perubahan gaya hidup yang boleh dicuba:

1. Kurangkan berat badan

Hipertensi meningkat seiring peningkatan berat badan. Berat yang berlebihan ini juga menyebabkan gangguan pernafasan semasa tidur (sleep apnea), sekali gus menjadi punca masalah tekanan darah tinggi. Penurunan berat walaupun sedikit bagi individu obesiti dapat membantu mengurangkan tekanan darahUkuran pinggang juga penting dalam mengurangkan risiko hipertensi. Secara amnya:

  • Lelaki berisiko jika ukuran pinggang melebihi 40 inci (102 cm)
  • Wanita berisiko jika ukuran pinggang melebihi 35 inci (89 cm)




2. Tips menurunkan tekanan darah tinggi. Bersenam secara berkala

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten – 150 minit seminggu atau sekitar 30 minit hampir setiap hari seminggu – dapat menurunkan kadar tekanan darah. Beberapa contoh senaman seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, berenang atau menari dapat membantu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi. Anda juga disarankan untuk melakukan senaman kekuatan sekurang-kurangnya 2x dalam seminggu.


3. Diet seimbang

Ambil makanan tinggi kandungan bijirin, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak. Manakala kurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol untuk membantu menurunkan tahap tekanan darah anda.

Amalan diet Dietary Approaches to Stop Hypertension atau DASH boleh membantu mengurangkan tekanan darah hingga 11 mm Hg.


4. Kurangkan garam

Pengurangan jumlah garam walaupun sedikit dalam makanan dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan diproses dan pilihlah untuk menggunakan rempah dan herba sebagai bahan perasa.


Tips menurunkan tekanan darah tinggi #5. Berhenti merokok

Setiap puntung rokok yang dihisap boleh menjadi punca masalah tekanan darah tinggi. Berhenti merokok dapat mengembalikan kadar tekanan darah ke tahap normal, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


6. Kurangkan stres

Tekanan kronik boleh menyumbang kepada hipertensi. Berdepan tekanan sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas mengambil makanan tidak sihat, minum alkohol dan merokok.

Luangkan masa untuk memikirkan punca yang menyebabkan anda tertekan, seperti pekerjaan, keluarga, kewangan atau penyakit. Setelah mengetahui faktor yang menjadi puncanya, pertimbangkan bagaimana untuk anda dapat menghilangkan atau mengurangkan tekanan. Walaupun anda mungkin tidak dapat menghilangkan semua tekanan yang dialami, anda boleh cuba mengatasinya dengan cara lebih sihat.

7. Tidur lena dan nyenyak

Tekanan darah biasanya akan turun ketika anda sedang tidur. Jika anda tidak dapat tidur lena, ia boleh mempengaruhi kadar tekanan darah. Individu yang kurang tidur terutamanya jika mereka di usia pertengahan, mempunyai risiko peningkatan tekanan darah tinggi.

Bagi sesetengah individu, tidur nyenyak adalah perkara yang sukar dilakukan namun ada cara untuk mengatasinya. Antara cara yang boleh dicuba adalah dengan mengaturkan jadual tidur, habiskan waktu malam dengan bersantai, bersenam di siang hari dan elakkan tidur siang serta pastikan bilik tidur dalam keadaan selesa.


Sumber: Hello Doktor