Followers

Klik sini kalau sayang opah

7 Petua Semula Jadi Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Monday, September 27, 2021
7 tips menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi. Berikut adalah perubahan gaya hidup yang boleh dicuba:

1. Kurangkan berat badan

Hipertensi meningkat seiring peningkatan berat badan. Berat yang berlebihan ini juga menyebabkan gangguan pernafasan semasa tidur (sleep apnea), sekali gus menjadi punca masalah tekanan darah tinggi. Penurunan berat walaupun sedikit bagi individu obesiti dapat membantu mengurangkan tekanan darahUkuran pinggang juga penting dalam mengurangkan risiko hipertensi. Secara amnya:

  • Lelaki berisiko jika ukuran pinggang melebihi 40 inci (102 cm)
  • Wanita berisiko jika ukuran pinggang melebihi 35 inci (89 cm)




2. Tips menurunkan tekanan darah tinggi. Bersenam secara berkala

Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten – 150 minit seminggu atau sekitar 30 minit hampir setiap hari seminggu – dapat menurunkan kadar tekanan darah. Beberapa contoh senaman seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, berenang atau menari dapat membantu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi. Anda juga disarankan untuk melakukan senaman kekuatan sekurang-kurangnya 2x dalam seminggu.


3. Diet seimbang

Ambil makanan tinggi kandungan bijirin, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak. Manakala kurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol untuk membantu menurunkan tahap tekanan darah anda.

Amalan diet Dietary Approaches to Stop Hypertension atau DASH boleh membantu mengurangkan tekanan darah hingga 11 mm Hg.


4. Kurangkan garam

Pengurangan jumlah garam walaupun sedikit dalam makanan dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan diproses dan pilihlah untuk menggunakan rempah dan herba sebagai bahan perasa.


Tips menurunkan tekanan darah tinggi #5. Berhenti merokok

Setiap puntung rokok yang dihisap boleh menjadi punca masalah tekanan darah tinggi. Berhenti merokok dapat mengembalikan kadar tekanan darah ke tahap normal, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


6. Kurangkan stres

Tekanan kronik boleh menyumbang kepada hipertensi. Berdepan tekanan sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas mengambil makanan tidak sihat, minum alkohol dan merokok.

Luangkan masa untuk memikirkan punca yang menyebabkan anda tertekan, seperti pekerjaan, keluarga, kewangan atau penyakit. Setelah mengetahui faktor yang menjadi puncanya, pertimbangkan bagaimana untuk anda dapat menghilangkan atau mengurangkan tekanan. Walaupun anda mungkin tidak dapat menghilangkan semua tekanan yang dialami, anda boleh cuba mengatasinya dengan cara lebih sihat.

7. Tidur lena dan nyenyak

Tekanan darah biasanya akan turun ketika anda sedang tidur. Jika anda tidak dapat tidur lena, ia boleh mempengaruhi kadar tekanan darah. Individu yang kurang tidur terutamanya jika mereka di usia pertengahan, mempunyai risiko peningkatan tekanan darah tinggi.

Bagi sesetengah individu, tidur nyenyak adalah perkara yang sukar dilakukan namun ada cara untuk mengatasinya. Antara cara yang boleh dicuba adalah dengan mengaturkan jadual tidur, habiskan waktu malam dengan bersantai, bersenam di siang hari dan elakkan tidur siang serta pastikan bilik tidur dalam keadaan selesa.


Sumber: Hello Doktor

Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual

Tuesday, August 10, 2021

Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari DijualAssalamualaikum semua, di musim yang serba sukar sekarang ini memang tak dinafikan semua pihak merasa kesusahan dan keperitan. Namun begitu kita kena sentiasa ingat, Mungkin kita merasa hidup kita susah namum begitu lebih ramai lagi yang diuji kesusahan lebih dari kita. Justeru itu, marilah sama-sama kita Bantu Rumah Bakti Nur Syaheera.



Latar Belakang Rumah Bakti Nur Syaheera 

RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA adalah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Rumah ini adalah di bawah pengurusan dan naungan 𝙿𝙴𝚁𝚃𝚄𝙱𝚄𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙱𝙰𝙹𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙽𝚄𝚁 S𝚈𝙰𝙷𝙴𝙴𝚁𝙰 𝙺𝚄𝙰𝙻𝙰 𝙻𝚄𝙼𝙿𝚄𝚁 dengan 𝘕𝘰. 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 1379-09-𝘞𝘒𝘓.



Pada ketika ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal disini adalah seramai 30 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Jawatankuasa 𝙿𝙴𝚁𝚃𝚄𝙱𝚄𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙱𝙰𝙹𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙽𝚄𝚁 𝚂𝚈𝙰𝙷𝙴𝙴𝚁𝙰 𝙺𝚄𝙰𝙻𝙰 𝙻𝚄𝙼𝙿𝚄𝚁.

Buat masa ini, sumber kewangan hanyalah bergantung semata-mata dari derma yang diterima daripada dermawan-dermawan yang budiman.






Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual 


Baru-baru ini, Tuan Rumah telah menyuarakan hasrat untuk menjual salah sebuah rumah daripada tiga buah rumah yang telah disewa daripada beliau iaitu rumah tengah yang 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 𝟐𝟓, manakala rumah 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘰𝘮𝘣𝘰𝘳 23 & 27 kekal dalam sewaan selepas hampir 11 tahun anak-anak mendiami rumah berkenaan.

Bagi Tujuan Pembelian Rumah yang beralamat 𝐍𝐨 𝟐𝟓, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟑, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐮, 𝟓𝟔𝟎𝟎𝟎, 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫.

Kos Pembelian : 𝐑𝐌𝟔𝟕𝟎,𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎
(Ringgit Malaysia Enam Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja)

Status Terkini : 𝐒𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧

Justeru itu, Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan dan mengharap akan dana sumbangan para dermawan mulia yang prihatin bagi menjayakan hasrat pembelian rumah ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekalian.


Sumbangan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera 


Sumbangan boleh disalurkan ke :
𝙈𝙖𝙮𝙗𝙖𝙣𝙠 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢𝙞𝙘 ¦ 564856111166




Maklumat Untuk Dihubungi:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 
Pengasas / 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚞𝚜𝚒 𝚁𝚞𝚖𝚊𝚑 𝙱𝚊𝚔𝚝𝚒 𝙽𝚞𝚛 𝚂𝚢𝚊𝚑𝚎𝚎𝚛𝚊,
𝙅𝙤𝙝𝙖𝙧𝙞 𝘽𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘽𝙖𝙨𝙧𝙞 (012-2922542) dan
Pengasas / 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚞𝚜𝚒 𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚊, 𝙎𝙪𝙯𝙖𝙣𝙖 𝘽𝙞𝙣𝙩𝙞 𝙅𝙖𝙛𝙖𝙧 (012-2002542) 


Jemput War-warkan


Diharap kengkawan kat sini dapat war-warkan tentang perkara ini. Jika tak dapat bantu dengan wang ringgit, bantu share perkara ini pun amat dihargai. Semoga usaha membantu mereka walaupun dengan share saja serba sedikit akan memberi peluang kepada mereka dan juga peluang amal kebajikan buat kita sendiri. Sebarang sumbangan amat digalakkan.



Cara Atasi Sakit Senggugut

Tuesday, May 4, 2021

Sedang mencari cara hilangkan sakit senggugut? Dengar kata perubahan pada diet pemakanan boleh membantu, tetapi adakah ia benar berkesan? Lebih 80% wanita mengalami senggugut semasa haid dan lebih 20% daripadanya berdepan kesakitan yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Secara amnya, kesakitan akibat pendarahan haid boleh menyebabkan penderitaan bulanan bagi rata-rata wanita. Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk memakan ubat sebagai cara mengatasi kesakitan tersebut.


Cara hilangkan sakit senggugut melalui pemakanan



Selain mengurangkan pengambilan gluten, ada cara lain berkaitan diet pemakanan yang mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

1. Banyakkan minum air

Perut yang kembung boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan senggugut menjadi lebih teruk.  Minum air dapat mengurangkan kembung semasa haid dan mengurangkan beberapa kesakitan yang terjadi.

2. Teh herba

Antara cara hilangkan sakit senggugut yang boleh dicuba adalah dengan mengambil minuman teh herba.

Teh herba mempunyai sifat antiradang dan sebatian antispasmodik yang dapat mengurangkan kekejangan otot pada rahim punca senggugut.

Selain itu, teh herba juga mempunyai faedah lain seperti menghilangkan tekanan serta membantu mengatasi insomnia.

3. Elakkan makanan manis

Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, lemak trans dan garam yang boleh menyebabkan perut kembung dan keradangan.

Keadaan itu sekali gus boleh menjadikan kesakitan dan kekejangan otot lebih teruk.

4. Kurangkan kafein sebagai cara hilangkan sakit senggugut

Pengambilan kafein boleh mengakibatkan saluran darah menjadi sempit, sekali gus menyekat rahim dan menjadi punca senggugut yang menyakitkan.

Semoga perkongsian Hello Doktor ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat mencuba!


Sumber: hellodoktor.com

Tinggal le link korang