Saturday, November 27, 2010

Asam jawa sembuhkan luka jahitan

7:00 AM 3 Comments
t
gambar ihsan google

Petua ni opah dapat dari majalah. tapi tak tau lah keberkesanannya. kalau ada sesiapa yg penah cuba bgtaulah yek keberkesannya.

Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.


Thursday, November 25, 2010

Ubat gigi kurangkan kesan lecur

6:55 AM 2 Comments

Bagi melegakan rasa pedih dan mengelakkan tempat terkena percikan minyak panas daripada menggelembung, sapukan ubat gigi pada bahagian yang melecur. Ni opah selalu buat ni. Setakat ini alhamdulillah..

Tuesday, November 16, 2010

Petua Atasi Mulut Berbau

1:02 AM 0 Comments
Petua ni bagus bg sesapa yg ada masalah mulut berbau. kesian tau sebab org mulut berbau ni kekadang tak tahu dia ada masalah ni. Petua Atasi Mulut Berbau

Petua Atasi Mulut Berbau




Bagi mengatasi masalah mulut berbau, kumurkan mulut dengan garam setiap kali selepas makan. Cubalah..



Friday, November 12, 2010

Salam perkenalan dari opahcyber

8:36 PM 2 Comments
Ini adalah entry pertama blog ini.. Blog ini di buat bagi berkongsi petua dan home remedis dalam kehidupan seharian. Mungkin berguna bagi yang sedang mencari-cari. Disebabkan dulu semasa di U saya buat portal opahcyber untuk perkongsian sebegini maka minat tu terasa ingin dipanjang-panjangkan agar bermanfaat untuk semua. 



Memang unik nama opahcyber tu kan. Perkata tradisional dan zaman cyber ni yang melahirkan nama ni 20 tahun dulu. Selamat membaca..


Update 23/3/2023
Baru saya perasan tesis masa final year ada diupload di website UM. Klik sini.. Terharunya baca tesis lama,,