Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

7 tips penjagaan pinggan mangkuk

5:19 PM 0 Comments
1 Basuh segera sejurus digunakan.
2 Jangan biar sisa makanan kering di atas pinggan.
3 Lap kering sebelum simpan di dalam almari.’
4 Susun ikut bentuk pinggan mangkuk.
5 Pinggan yang besar dan berat disusun di bahagian bawah.
6 Selalu bersihkan habuk kerana habuk boleh merosakkan warna pinggan.
7 Gunakan sabun pembersih pinggan mangkuk. Jangan guna serbuk pencuci pakaian.

Thursday, March 17, 2011

Petua melebatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut

11:55 AM 0 Comments
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit.

Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Monday, March 14, 2011

Petua agar kain batik tidak luntur

5:17 PM 0 Comments
Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

Petua merawat suara yang serak

5:14 PM 0 Comments
Mula-mula, ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali. Insya allah suara yang serak akan berkurangan.

Thursday, December 23, 2010

Petua memutihkan siku

9:18 AM 0 Comments

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. Sapukan campuran itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. Amalkan beberapa kali dalam sebulan.Insyallah akan membuahkan hasil.

Tuesday, December 21, 2010

Petua merawat bibir kering

9:16 AM 0 Comments
Ubati bibir yang kering dan pecah-pecah Bagi mengatasinya,minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari.Insya allah, bibir yang pecah akan segera sembuh.

Friday, December 17, 2010

Petua merawat batuk berlarutan

9:14 AM 2 Comments

Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . apabila semua dah sebati dengan air suam tadi, makabolehlah diminum. Lakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat akan keluar dengan mudah

Wednesday, December 15, 2010

Petua memastikan ikan sentiasa segar

9:13 AM 0 Comments

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. 

Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.

Monday, December 13, 2010

Petua udang sentiasa segar

9:12 AM 0 Comments

Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.

Saturday, December 11, 2010

Petua menaikkan seri wajah

9:10 AM 0 Comments

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Untuk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan

Thursday, December 9, 2010

Petua mengubati kembung perut anak

9:08 AM 0 Comments

Sirih dan pinang dikunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiap malam ketika anak itu masih kecil lagi. Insya allah akan mengelakkan kembung perut anak.

Tuesday, December 7, 2010

Petua mengelak kain batik daripada luntur

9:07 AM 0 Comments

Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. 

Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Sunday, December 5, 2010

Petua jika tertusuk duri

9:05 AM 0 Comments

Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah dari bawang tersebut dilumuri dengan minyak kelapa. Kemudian dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena duri itu dan dibalut. 

Setelah beberapa jam barulah dibuka balutan tersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.

Friday, December 3, 2010

Sembuhkan selsema bayi.

9:03 AM 0 Comments

Untuk menghilangkan; ambil sebuku kunyit kering, gosokkan pada bawah pasu dan titiskan sedikit air. Ambil air kunyit tadi dan sapukan pada batang hidung bayi anda.
Insya-allah, selesema anak anda akan sembuh.

Wednesday, December 1, 2010

Petua melembutkan daging

7:11 AM 2 Comments
gambar ihsan google

Bermacam-macam kaedah untuk melembutkan daging, namun siapa menduga beras pulut mampu memberi impak yang hebat pada daging. Cubalah petua ini di rumah sekarang dan
rasakan hasilnya.

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sesudu beras dalam rebusan daging.
2. Kacau rata.
3. Biarkan direndam dan masak hingga empuk.

Saturday, November 27, 2010

Asam jawa sembuhkan luka jahitan

7:00 AM 3 Comments
t
gambar ihsan google

Petua ni opah dapat dari majalah. tapi tak tau lah keberkesanannya. kalau ada sesiapa yg penah cuba bgtaulah yek keberkesannya.

Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.


Thursday, November 25, 2010

Ubat gigi kurangkan kesan lecur

6:55 AM 2 Comments

Bagi melegakan rasa pedih dan mengelakkan tempat terkena percikan minyak panas daripada menggelembung, sapukan ubat gigi pada bahagian yang melecur. Ni opah selalu buat ni. Setakat ini alhamdulillah..