Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjadi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
Lauk Raya 2024
-
Harini mama nak buat post wordless wednesday aje sempena Wordless
Wednesday. Mama baru perasan yang mama takde cerita pasal momen raya pun
kat sini.
Ini...
17 hours ago
4 comments:
Bagus petua ni...tapi kena rajin sikit la kan.
tu laa.. kalau agak kemalasan susah la sket. tapi rasanya buat sekali seminggu pon ok kot sebab ni masker aje
nak cuba la adda..dah start berkedut muka especially kat bawah mata ni..
huhu.. cubalah faiz.. aku ni tak brape rajin. api penah gak buat. mmg terasa tegang je kulit muka..
tak pun buat senaman muka je la senyum sokmo :)
Post a Comment