Monday, March 5, 2012

Garam ubati sakit gigi

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tengah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

 

Kalau gigi dah sakit, boleh juga kumur-kumur dengan air yg dilarutkan dgn garam. Insya allah, akan berkurangan..

4 comments:

eLL said...

pernah cuba dan rasanya berkesan..hehehe

mamapp said...

penah cuba gak hehe. tu yg berani tulis ni :) thanks ell

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

first time dengar,nanti boleh cuba kalau ada sakit.

mamapp said...

petua ni glemer thoomas.. mmg mujarab. tp tak boleh la nk ubat sakit gigi tu. cuma hilangkn sementara.. kena jmpa dentist gak