Sunday, January 13, 2013

Petua untuk elak anak kencing malam

4:20 PM 0 Comments

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Selamat mencuba

Monday, December 17, 2012

Petua bagi haid tidak teratur

11:12 PM 1 Comments

Bagi perempuan yang menghadapi masalah pusingan haid tidak teratur, cuba amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih, insya Allah akan membantu untuk membuatkan pusingan haid lebih teratur.

 

Thursday, December 13, 2012

Petua merasa garam dalam masakan tanpa guna lidah

2:22 AM 0 Comments

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah? Caranya adalah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam. Cubalah..

Thursday, October 18, 2012

Petua sembuhkan kurap

12:11 AM 0 Comments

Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.

Wednesday, July 25, 2012

Petua membersihkan bontot kawah/kuali

2:59 AM 0 Comments

Kalau ada kenduri biasanya guna kawah atau periuk yg besar kan.. biasanya akan gunakan kayu api sebagai bahan bakar.. hasilnye bontot periuk akan jadi hitam dan susah nak cuci.. kalau nak senang dicuci, cubalah cara ini.. Lumurkan kapur sirih di buntut periuk sebelum digunakan untuk memasak. Ia akan memudahkan kerja-kerja membasuhnya selepas digunakan.