Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru janin dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi. Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran janin terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau ‘spin bifida’ boleh terjadi disebabkan kekurangan folat sewaktu hamil.
Sunday, April 14, 2013
Monday, March 18, 2013
Tekanan darah rendah berpunca daripada anemia ataupun kekurangan zat makanan jangan dipandang remeh. Penyakit darah rendah boleh menjadikan seseorang pitam, sakit kepala, badan lemah, letih dan pengsan akibat kekurangan cecair dalam badan. Untuk mengelakkan tekanan darah rendah, elaklah banyak memakan makanan berprotein seperti gandum, bijirin berasaskan kacang soya, tauhu dan tempe.
Manakala untuk mengatasinya, pengambilan sayuran hijau seperti sawi, bayam dan kailan amatlah digalakkan. Begitu juga dengan kubis, ubi keledek, tomato dan bijirin. Amalan meminum air rebusan halia dan daun pasli turut memberikan kesan positif untuk pesakit hipertensi ini.
Sunday, February 3, 2013
Tuesday, January 29, 2013
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuba titiskan secamca minyak tanah dan kemudian ratakan dengan sedikit sabun serbuk atau sabun buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali langkah tadi sehingga kesannya hilang. Cubalah..
Sunday, January 13, 2013
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Selamat mencuba