Thursday, April 12, 2012

Mengelakkan ikan kering dari berulat

3:31 AM 2 Comments

Benda-benda berbau kuat selalu dihinggapi lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Dengan cara ini lalat tidak akan hinggap lagi. Cubalah..

Wednesday, April 4, 2012

Petua menghilangkan kedut di muka

7:23 PM 4 Comments

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjadi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Monday, March 5, 2012

Garam ubati sakit gigi

3:02 AM 4 Comments

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tengah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

 

Kalau gigi dah sakit, boleh juga kumur-kumur dengan air yg dilarutkan dgn garam. Insya allah, akan berkurangan..

Monday, February 27, 2012

Masalah ruam pada bayi

11:04 PM 0 Comments

Cara yang baik untuk menghindarkan dan merawat ruam dari tubuh bayi ialah dengan menggunakan tepung ubi. Selepas mandi, lumurkan tepung ubi di sekitar kawasan yang terkena ruam, terutama  bahagian-bahagian yang selalu menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada.

Tuesday, February 21, 2012

Petua memutihkan perut lembu

3:04 AM 0 Comments

Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.