Tuesday, May 4, 2021

Cara Atasi Sakit Senggugut

9:17 PM 0 Comments

Sedang mencari cara hilangkan sakit senggugut? Dengar kata perubahan pada diet pemakanan boleh membantu, tetapi adakah ia benar berkesan? Lebih 80% wanita mengalami senggugut semasa haid dan lebih 20% daripadanya berdepan kesakitan yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Secara amnya, kesakitan akibat pendarahan haid boleh menyebabkan penderitaan bulanan bagi rata-rata wanita. Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk memakan ubat sebagai cara mengatasi kesakitan tersebut.


Cara hilangkan sakit senggugut melalui pemakanan



Selain mengurangkan pengambilan gluten, ada cara lain berkaitan diet pemakanan yang mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

1. Banyakkan minum air

Perut yang kembung boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan senggugut menjadi lebih teruk.  Minum air dapat mengurangkan kembung semasa haid dan mengurangkan beberapa kesakitan yang terjadi.

2. Teh herba

Antara cara hilangkan sakit senggugut yang boleh dicuba adalah dengan mengambil minuman teh herba.

Teh herba mempunyai sifat antiradang dan sebatian antispasmodik yang dapat mengurangkan kekejangan otot pada rahim punca senggugut.

Selain itu, teh herba juga mempunyai faedah lain seperti menghilangkan tekanan serta membantu mengatasi insomnia.

3. Elakkan makanan manis

Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, lemak trans dan garam yang boleh menyebabkan perut kembung dan keradangan.

Keadaan itu sekali gus boleh menjadikan kesakitan dan kekejangan otot lebih teruk.

4. Kurangkan kafein sebagai cara hilangkan sakit senggugut

Pengambilan kafein boleh mengakibatkan saluran darah menjadi sempit, sekali gus menyekat rahim dan menjadi punca senggugut yang menyakitkan.

Semoga perkongsian Hello Doktor ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat mencuba!


Sumber: hellodoktor.com

Wednesday, May 1, 2019

Petua Berjaya dari OKU Nizam 3 Jari

8:09 AM 9 Comments
Petua Berjaya dari OKU Nizam 3 Jari.. Boleh baca dan lihat tulisan dan video yang saudara Nizam kongsikan di FB beliau Nizam, pengasas Jamu Mall ini adalah seorang OKU yang serba serbi perlu dibantu dalam kehidupan. Kemampuan Lelaki 3 Jari Ini Membuat Ramai Rakyat Malaysia Menangis keinsafan.. Tiada lagi alasan untuk berusaha.. Sedangkan Nizam, seorang OKU boleh berjaya, mengapa kita tak boleh. Mari baca kisah beliau..



Marilah sama2 jadikan inspirasi kisah Nizam ini.. lihat video di bawah


Di usia 30 ..dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampubeli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dah sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...


Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku ,nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapi adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku..makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari ,bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun-tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus ,lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar ..kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang ,tak nak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...



Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur ..bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan ,senyuman ramai org2 disekelilingaku ..




Kini aku sedar ..untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat ,kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit ,bersemangat , dan berjaya !!!


Akhir kata ... kalaua kuada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling ..anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi..kite je mampu ubah diri kita!!





Sempena Hari Pekerja Hari ini marilah sama-sama Kita jadikan diri Kita lebih produktif Dan berdaya maju serta berani mengambil risiko untuk berjaya. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

Untuk mendapatkan lebih info bolehlah follow Khairul Nizam di socmed beliau di bawah

FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
FB Page https://www.facebook.com/Jamumallcom/
Ig: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website https://jamumall.com/


Monday, April 1, 2019

Petua ayam Goreng sedap

8:01 AM 1 Comments
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit... masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing

Cara nak merangup kan ayam goreng pula ada lah dengan mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian baru masukkan ayam

Monday, February 25, 2019

Petua elak Nasi cepat basi

7:59 AM 1 Comments
Petua elak nasi cepat basi..

Cuci beras bersih2, semasa masak nasi letak 2,3 cubit garam... nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap.. Cuba lah

Sunday, December 9, 2018

Petua kurangkan masin makanan

7:55 AM 0 Comments
Petua kurangkan masin makanan.. Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah