Petua sembuhkan kurap
Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.
Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.
Kalau ada kenduri biasanya guna kawah atau periuk yg besar kan.. biasanya akan gunakan kayu api sebagai bahan bakar.. hasilnye bontot periuk akan jadi hitam dan susah nak cuci.. kalau nak senang dicuci, cubalah cara ini.. Lumurkan kapur sirih di buntut periuk sebelum digunakan untuk memasak. Ia akan memudahkan kerja-kerja membasuhnya selepas digunakan.
Untuk menanggalkan kesan kotoran ink/dakwat dari pakaian, mula-mula letakkan ubat gigi (tak kira lah colgate ke, darlie, etc) pada kesan itu dan gosokkan dengan tangan.. kemudian, biarkan ubat gigi itu kering dengan sendirinya.. selepas itu, cucilah pakaian itu.. kalau dakwat masih ada ulang sekali lagi langkah2 di atas. Selamat mencuba!
Nasi berbau hangit ni terjadi jika kita masak secara manual (tak guna periuk nasi elektrik).. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana Jangan bimbang, terdapat cara utk menghilangkan bau hangit ini.. Caranya, ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam periuk nasi dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
Korang pernah mengalami montot periuk hitam tak? Kadang2 disebab kan oleh api kat dapur tu tak brapa elok (warna kuning).. periuk opah pn kena gak tau.. nak bersihkan pn bukannya senang bila dah itam legam ni kan…
Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan. Cubalah…