Saturday, December 11, 2010

Petua menaikkan seri wajah

9:10 AM 0 Comments

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Untuk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan

Thursday, December 9, 2010

Petua mengubati kembung perut anak

9:08 AM 0 Comments

Sirih dan pinang dikunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiap malam ketika anak itu masih kecil lagi. Insya allah akan mengelakkan kembung perut anak.

Tuesday, December 7, 2010

Petua mengelak kain batik daripada luntur

9:07 AM 0 Comments

Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. 

Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Sunday, December 5, 2010

Petua jika tertusuk duri

9:05 AM 0 Comments

Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah dari bawang tersebut dilumuri dengan minyak kelapa. Kemudian dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena duri itu dan dibalut. 

Setelah beberapa jam barulah dibuka balutan tersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.

Friday, December 3, 2010

Sembuhkan selsema bayi.

9:03 AM 0 Comments

Untuk menghilangkan; ambil sebuku kunyit kering, gosokkan pada bawah pasu dan titiskan sedikit air. Ambil air kunyit tadi dan sapukan pada batang hidung bayi anda.
Insya-allah, selesema anak anda akan sembuh.