Cuci beras bersih2, semasa masak nasi letak 2,3 cubit garam... nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap.. Cuba lah
Petua kurangkan masin makanan.. Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
Petua elak rendang basi.. caranya mudah saja.. masak gunakan bawang merah kecil .. jangan guna bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi
Perkongsian berkenaan khasiat warisan zaman dan petua-petua agar tak lekang dek panas dan tak lapuk dek ujan.. opah ni tak le expert sgt. tapi opah berhajat nak mengumpulkan segala2 maklumat khasiat alam dan petua bagi rujukan kita semua.. Harapnye bermanfaat utk semua.
Bawang putih atasi tumit pecah
-
Tumit pecah memang membuatkan kita rasa tak selesa. Kadang-kadang bila nak
berpijak atas lantai pun terasa perit. Mari kita tengok *Petua Atasi Tumit
Pecah...