Untuk memudahkan kulit kerang dikopek selepas direbus ialah dgn memasukkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Kerang akan terbuka sendiri dan senang untuk dikopek.
Tuesday, December 23, 2014
Tuesday, December 2, 2014
Petua tauge tahan lama
Ambil sebiji limau nipis dan potong menjadi 3 keping. Masukkan ke dlm tauge yg telah direndam dlm air.
Boleh juga masukkan beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam dan simpan dlm peti ais. Tauge akan tahan sehingga seminggu.
Wednesday, November 19, 2014
Mengurangkan sakit lutut
Monday, November 10, 2014
Halba dan kelebihannya
Gambar diambil dari sini
Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...
Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
KEGUNAAN Halba:
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba?
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua tanpa perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya..
Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas,
masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari