Thursday, January 2, 2014

Teknik menyusu bayi yang betul

2:16 AM 0 Comments

Bagi sesiapa yang baru bersalin dan mahu tahu teknik menyusukan bayi.. bolehlah baca ini:

 

• Bergantung pada cita rasa, pilihan dan keselesaan anda serta bayi, anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.

• Pastikan kedudukan anda betul. Ini termasuklah cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.

• Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.

• Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

• Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.

 

Friday, August 16, 2013

Buah Pinang Kuruskan Badan

3:06 AM 1 Comments

Pemakanan masa kini banyak menyumbang kepada masalah berat badan. Bagi yang berdepan kesukaran untuk menurunkan berat badan, petua ini mungkin boleh dicuba. Sediakan buah pinang, hiris nipis dan jemurkan sehingga kering. Selepas itu, tumbuk lumat sehingg bertukar menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk dan campurkan dengan sedikit air panas. Rendamkan semalaman dan amalkan minum pada waktu pagi dan petang. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan petua sekerap mungkin selama dua minggu.

Thursday, August 1, 2013

Menghilangkan masalah kaki berbau

12:24 AM 0 Comments

Saat mandi, bersihkan seluruh bahagian kaki termasuk celah-celah jari kaki. Jangan biarkan kaki terlalu lama lembap di dalam kasut. Setiap beberapa jam, buka kasut, lalu semburkan kaki dengan semburan pewangi khas untuk kaki atau bedak antibau. Lakukan perkara yang sama ketika memakai stoking atau kasut yang baru dipakai.

Friday, July 26, 2013

Tampil Meyakinkan Tanpa Kurap

8:12 PM 0 Comments

Kulit tidak sempurna dan ada kalanya kita berhadapan dengan masalah yang memalukan seperti kurap. Namun usah rasa rendah diri, sebaliknya anda boleh mencuba petua ini bagi mengatasinya. Caranya ialah tumbuk sayur bayam sehingga lumat dan setelah itu campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pula  pada bahagian bermasalah dan biarkan sehingga kering. Amalkan petua ini setiap hari dan kurap itu akan berkurang sedikit demi sedikit.

Petua menghilangkan parut jerawat

8:03 PM 0 Comments

Wajah yang mempunyai parut jerawat akan menjejaskan keyakinan diri, begitu juga dengan masalah kulit yang tidak tegang yang membelenggu diri. Apa kata cuba petua mudah ini yang hanya memerlukan beras pulut dan telur ayam. Pertama sekali, kisarkan atau pun tumbuk beras sehingga hancur. Selepas itu campurkan dengan putih telur sahaja. Gaulkan sebati tetapi sebelum itu pastikan wajah sudah dicuci, dibilas dan dikeringkan. Ratakan sapuan pada keseluruhan wajah dan amalkan ia sekerap yang mungkin