Monday, December 17, 2012

Petua bagi haid tidak teratur

11:12 PM 1 Comments

Bagi perempuan yang menghadapi masalah pusingan haid tidak teratur, cuba amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih, insya Allah akan membantu untuk membuatkan pusingan haid lebih teratur.

 

Thursday, December 13, 2012

Petua merasa garam dalam masakan tanpa guna lidah

2:22 AM 0 Comments

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah? Caranya adalah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam. Cubalah..

Thursday, October 18, 2012

Petua sembuhkan kurap

12:11 AM 0 Comments

Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.

Wednesday, July 25, 2012

Petua membersihkan bontot kawah/kuali

2:59 AM 0 Comments

Kalau ada kenduri biasanya guna kawah atau periuk yg besar kan.. biasanya akan gunakan kayu api sebagai bahan bakar.. hasilnye bontot periuk akan jadi hitam dan susah nak cuci.. kalau nak senang dicuci, cubalah cara ini.. Lumurkan kapur sirih di buntut periuk sebelum digunakan untuk memasak. Ia akan memudahkan kerja-kerja membasuhnya selepas digunakan.

 

Wednesday, July 11, 2012

Petua menanggalkan kesan ink/dakwat dari pakaian

9:22 PM 0 Comments

Untuk menanggalkan kesan kotoran ink/dakwat dari pakaian, mula-mula letakkan ubat gigi (tak kira lah colgate ke, darlie, etc) pada kesan itu dan gosokkan dengan tangan.. kemudian, biarkan ubat gigi itu kering dengan sendirinya.. selepas itu, cucilah pakaian itu.. kalau dakwat masih ada ulang sekali lagi langkah2 di atas. Selamat mencuba!

Tuesday, May 22, 2012

Jika nasi terbau hangit

2:35 AM 2 Comments

Nasi berbau hangit ni terjadi jika kita masak secara manual (tak guna periuk nasi elektrik).. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana Jangan bimbang, terdapat cara utk menghilangkan bau hangit ini.. Caranya, ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam periuk nasi dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Sunday, May 13, 2012

Petua mengelak bontot periuk dari hitam

4:55 PM 2 Comments

Korang pernah mengalami montot periuk hitam tak? Kadang2 disebab kan oleh api kat dapur tu tak brapa elok (warna kuning).. periuk opah pn kena gak tau.. nak bersihkan pn bukannya senang bila dah itam legam ni kan…

Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan. Cubalah

Tuesday, May 1, 2012

Petua atasi mulut berbau

9:54 PM 0 Comments

Penghidap mulut berbau tentu agak memalukan bagi penghidapnye esp apabila hendak bercakap dengan orang lain. Untuk mengatasinya, cuba ambil tujuh helai daun sirih dan racik halus. Kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi. Cubalah

Thursday, April 12, 2012

Mengelakkan ikan kering dari berulat

3:31 AM 2 Comments

Benda-benda berbau kuat selalu dihinggapi lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Dengan cara ini lalat tidak akan hinggap lagi. Cubalah..

Wednesday, April 4, 2012

Petua menghilangkan kedut di muka

7:23 PM 4 Comments

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjadi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Monday, March 5, 2012

Garam ubati sakit gigi

3:02 AM 4 Comments

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tengah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

 

Kalau gigi dah sakit, boleh juga kumur-kumur dengan air yg dilarutkan dgn garam. Insya allah, akan berkurangan..

Monday, February 27, 2012

Masalah ruam pada bayi

11:04 PM 0 Comments

Cara yang baik untuk menghindarkan dan merawat ruam dari tubuh bayi ialah dengan menggunakan tepung ubi. Selepas mandi, lumurkan tepung ubi di sekitar kawasan yang terkena ruam, terutama  bahagian-bahagian yang selalu menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada.

Tuesday, February 21, 2012

Petua memutihkan perut lembu

3:04 AM 0 Comments

Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

 

Thursday, February 16, 2012

Petua menghilangkan urat di kaki bagi ibu mengandung

3:06 AM 0 Comments

Ibu-ibu yang mengandung sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan mungkin berlarutan sehingga bersalin. Terdapat satu petua untuk mengatasi masalah ini. Ketika tidur, letakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Selain itu boleh juga melakukan teknik merendam kaki. Ambil sebesen air suam, rendamkan kaki selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan.

 

Satu lagi cara yg mudah iaitu anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

Friday, February 3, 2012

Petua menurunkan berat badan

9:20 PM 0 Comments

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Tuesday, January 31, 2012

Petua menambahkan seri muka

3:18 AM 0 Comments

Berikut adalah petua yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka dan biarkan selama sepuluh minit. Kemudian, basuhlah dengan air bersih.

 

Ataupun, sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Tuesday, January 24, 2012

Petua menanggalkan getah pisang

8:45 PM 0 Comments

Jika tangan terkena getah pisang, pasti sukar utk menghilangkannya.. Untuk itu, cuba ambil kapur sirih dan gosokkan pada tangan.. biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Wednesday, January 4, 2012

Petua meracun cicak

6:59 PM 1 Comments

Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan siling rumah, gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil, cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan perlahan-lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.